MENU

Menu utama

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)    

  • Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)  adalah satu program yang bertujuan membantu kumpulan miskin dan berpendapatan rendah di bandar meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga.
  • Pelaksanaan PPKB kini adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK-10) iaitu untuk mengurangkan insiden kemiskinan daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015 dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah berpendapatan 40% terendah (dirujuk sebagai B40) daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepada RM3,050  pada tahun 2015.
  • Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah B40, iaitu terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,860 sebulan dan ini termasuk isi rumah miskin tegar, miskin dan mudah miskin.Kumpulan sasar PPKB hendaklah berstatus warganegara dan status kemiskinan mereka telah disahkan dalam Sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau seperti yang diarahkan oleh Kerajaan.           
  •  Program ini menyasarkan golongan Miskin Tegar dan Miskin yang tinggal di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan yang berdaftar dengan Sistem eKasih sebagai golongan yang ingin dibantu untuk menaikkan taraf hidup mereka daripada paras garis kemiskinan.
  • Pengukuran PGK Tahun 2014 yang digunapakai mulai 1 September 2015 adalah seperti berikut :

KAWASAN BANDAR

2014

MISKIN

MISKIN TEGAR

ISIRUMAH

PERKAPITA

ISIRUMAH

PERKAPITA

SEM.MALAYSIA

RM940

RM240

RM580

RM140

SABAH & LABUAN

RM1,160

RM260

RM590

RM150

SARAWAK

RM1,040

RM250

RM700

RM160

Sumber:EPU,JPM

  • 1
Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 March 2024 - 8:07am