MENU

Main menu

PERHIMPUNAN BULANAN MPBP BULAN FEBRUARI 2023

Perhimpunan Bulanan Februari 2023, yang diurusetiakan bersama oleh Unit Pusat Setempat (OSC) dan Unit Perolehan dan Kontrak dimulakan dengan langkah berjalan kaki sambil membuat ativiti plogging bermula dari Menara MPBP ke Jalan Shahbandar.

Majlis perhimpunan pada kali ini diserikan dengan penampilan pertama pasukan koir MPBP yang terdiri daripada gabungan wajah baharu dan berpengalaman.

Terdahulu, Puan Nadia Iryanti binti Ab Kadir, Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) telah memberikan sepatah dua kata ucapan aluan dan seterusnya disusuli dengan ucapan oleh Tuan Setiausaha MPBP, Encik Abdul Karim Bin Haji Bakar. Tuan Setiausaha telah memberikan ucapan penghargaan kepada MPBP di atas bantuan kepada mangsa banjir di Batu Pahat serta penghargaan kepada pegawai yang telah bertukar / tamat perkhidmatan. Beliau juga sempat menyentuh berkenaan program serta aktiviti didalam bulan Januari 2023.

Dikesempatan itu, Majlis Pelancaran Johor Bersih 2.0 Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua MPBP sebagai kesinambungan daripada Program Johor Bersih 100 Hari. Program Johor Bersih 2.0 akan diteruskan pada tahun ini yang meliputi kawasan dalam pentadbiran PBT, kawasan kampung dan luar bandar, kawasan sungai dan persisiran pantai.

#MPBP #MajudanSejahtera #JohorBersih2.0