MENU

Main menu

PERMOHONAN SEWAAN KAKI LIMA / PETAK BERNIAGA

PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan Sewaan Kaki Lima / Petak Letak Kereta yang boleh diambil di Unit Tempat Letak Kereta MPBP.
  2. Sila lampirkan :
  • Salinan Lesen Perinigaan MPBP yang sah tempohnya.
  • Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM.
  • 1 gambar lokasi / lakaran lokasi.
  1. Permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

  1. Sewa Kaki Lima :
  • Kebenaran adalah bagi kaki lima di hadapan premis sahaja.
  • Jangkamasa yang dibenarkan adalah bagi tempoh 9.00 pagi - 9.00 malam.
  • Keluasan yang dibenarkan adalah keluasan laluan atau lorong bagi pejalan kaki dan tidak menutup lalu tangga atas.
  • Kebersihan laluan dan kawasan sekeliling adalah tanggungjawab pemohon.
  • Pihak MPBP tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecurian di kawasan sewaan.
  • Pihak MPBP boleh membatalkan sewaan pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.
  • Tindakan sita dan kompaun boleh dikenakan sekiranya pemohon gagal mematuhi mana-mana syarat.
  1. Sewa Petak Berniaga :
  • Setiap permohonan hendaklah terlebih dahulu mendapat keputusan pihak MPBP.
  • Kawasan jalan yang disewa hendaklah terkawal dari kesesakan lalu lintas.
  • Bayaran hendaklah dijelaskan selepas permohonan diluluskan.
  • Sekiranya penyewa gagal menjelaskan bayaran sewaan Tempat Letak Kereta dengan ini pihak MPBP boleh mengeluarkan kompaun danmenyita barang dagangan di petak Tempat Letak Kereta.
  • Penyewa tidak dibenarkan membasuh, mencuci, memasak dan membina apa-apa binaan dan di dalam petak sewaan.
  • Penyewa hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan akta yang digunapakai oleh MPBP dari masa ke semasa. Sekiranyaa gagal, penyewa boleh dikenakan kompaun.
  • Pemohon hendaklah meletakkan kun-kun keselamatan dan menerangkan (lampu) di kawasan tempat letak kereta.
  • Kelulusan hanya dibenarkan dihadapan premis perniagaan sahaja.
  • Jangkamasa sewaan tempat letak kereta dibenarkan mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam (Fasa 2) (bagi kedai makan dan minuman sahaja).
  • Sebarang kemalangan, kecurian, keselamatan pelanggan dan orang awam di kawasan sewaan tempat letak kereta adalah tanggungjawab pemohon dan pihak MPBP tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan keselamatan dan kecurian di kawasan sewaan Tempat Letak Kereta.

TAMBAHAN SYARAT-SYARAT BAGI SEWAAN PETAK TLK UNTUK PPN FASA 1 & FASA 2

  • Penggunaan meja tidak melebihi 10 buah meja dan 5 petak TLK
  • Jarak meja ke meja 1 meter
  • 1 meja bersaiz 3 kaki dihadkan untuk 2 orang pelanggan sahaja
  • Tidak dibenarkan menyambung meja (kecuali bagi pelanggan berkeluarga dari isi rumah yang sama)
  • Sebarang perubahan SOP tertakluk kepada kebenaran MKN dan PBT bagi mengawal penularan Covid-19

PENAMATAN SEWAAN :

  1. Penyewa dikehendaki memaklumkan ke Unit Letak Kereta MPBP secara bertulis sebulan sebelum tarikh menamatkan sewaan.

 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Encik Hirman Bin Padimin

Encik Zainuddin Bin Budi

Jabatan Kewangan

07-433 7993