MENU

Main menu

Konsep 1Malaysia bermatlamat untuk membawa perubahan dan kejayaan yang besar. Oleh itu, beberapa inisiatif telah pun dilaksanakan untuk rakyat di negara ini.

Pelbagai produk 1Malaysia telah diperkenalkan dan mendapat sambutan yang baik oleh jutaan rakyat Malaysia sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

 

Produk 1 Malaysia


KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

Mengamalkan konsep pasar mini, KR1M menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian dengan harga 30 - 50% lebih murah berbanding kedai atau pasar raya lain. Ia bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah yang menetap di kawasan bandar.

Terdapat lebih 250 barangan runcit dijual di 185 cawangan KR1M di seluruh negara.

Salah 1 cawangan juga telah dibuka di Daerah Batu Pahat

ALAMAT

No. 17 & 18, Jalan Ceria,

Pusat Perniagaan Ceria,

83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim

[PETA]

WAKTU BEROPERASI

8.00 Pagi - 10.00 Malam

Untuk maklumat lebih lanjut sila ke laman web http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/

 


OBJEKTIF KLINIK 1MALAYSIA

Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

 SKOP PERKHIDMATAN

  • Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
  • Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
  • Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
  • Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.
  • Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.
KLINIK 1MALAYSIA TAMAN CERIA

No 6, Jalan Ceria,

Taman Ceria,

83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim

[PETA]

KLINIK 1MALAYSIA TAMAN BUKIT FLORA

Taman Bukit Flora,

83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim

WAKTU BEROPERASI

10.00 pagi hingga 10.00 malam

(termasuk cuti sekolah atau perayaan)

Tujuh hari seminggu

Untuk maklumat lebih lanjut sila ke laman web http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/33


BR1M (BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA)

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ia akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia. Ia adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Peserta di bawah program eKasih dengan pendapatan RM1,000 dan ke bawah akan turut menerima BR1M.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ebr1m.hasil.gov.my/