LESEN
Lesen perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.
Lesen tidak boleh dipindah milik.
Pemohon hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan premis.
Pemohon hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.
Tiap-tiap lesen yang dibenarkan adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
Setiap lesen yang dikeluarkan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Majlis.
PENGENDALI MAKANAN
Semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2 daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.
Semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementarian Kesihatan.
Semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju yang berlengan,
Semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar dalah dilarang.
Pekerja perlu megamalkan kebersihan diri pada setiap masa semasa mengendalikan makanan.
BANGUNAN PREMIS
Bangunan premis hendaklah dicat dibahagian luar dan dalam.
Mana-mana bahagian yang sudah rosak dan kelihatan kotor perlulah diperbaiki.
Premis hendaklah dijaga dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, dan teratur setiap masa.
Kedudukan premis hendaklah sesuai dan tidak menimbulkan kacauganggu awam.
Permukaan lantai hendaklah dipasang jubin atau dengan apa-apa bahan yang mudah dibersihkan dan sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak licin.
Dinding premis hendaklah dipasang jubin sekurang-kurangnya 1.5 dari lantai atau dipasang dengan apa-apa bahan yang mudah dibersihkan
Tempat penyediaan makanan hendaklah di tempat yang tinggi dan sentiasa berkeadaan bersih.
Tong sampah hendaklah disediakan secukupnya lengkap dengan karung plastik dan penutup.
Memastikan tiada pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes, pembiakan lalat, lipas, dan tikus samada di dalam atau diluar premis.
PEMASANGAN PERANGKAP MINYAK
Menyediakan dan memasang perangkap minyak/lemak di sinki premis atau di tempat yang sesuai.
Memastikan perangkap minyak sentiasa berfungsi dan berkeadaan bersih setiap masa.
KEMUDAHAN SANITASI
Kemudahan tandas, bilik air, tempat membasuh tangan, dan tuala/tisu hendaklah disediakan dan dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih.
Menyediakan tong sampah yang sempurna dan mencukupi berserta karung plastik bagi pembuangan sampah perniagaan.
PERALATAN DAN PERPAKAKASAN
Semua barang/peralatan dan bahan makanan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan bersih
Peralatan hendaklah dicuci dengan kaedah yang sempurna
Perlindungan makanan hendaklah diutamakan semasa penyimpanan, pengangkutan, penyediaan, dan semasa penghidangan.
Dilarang membasuh peralatan memasak, pinggan mangkuk, atau lain-lain bekas di kakilima, lorong belakang, lorong sisi, atau di atas longkang.
Menyediakan sekurang-kurangnya 2 unit sinki untuk mencuci peralatan penyediaan makanan. Mencuci di lantai adalah dilarang sama sekali.
Penggunaan peti sejuk hendaklah mematuhi suhu tertentu, mempunyai ruang yang mencukupi, susunatur yang betul, dan diselenggara dengan baik.
PENCAHAYAAN,PENGUDARAAN,KESESAKAN,PENYEBARAN HABUK DAN SEBAGAI
Memastikan pencahayaan serta pengudaraan semulajadi dan mekanikal keseluruhan premis mencukupi.
Pelesen hendaklah memastikan tiada kesesakan di premis perniagaan.
Pelesen tidak boleh menyebabkan habuk, wap asap, wap haba gas, getaran, bau, pancaran, asap, atau jelaga yang mana ia menjadi kacauganggu atau pencemaran udara.
LALUAN BELAKANG ,KAKI LIMA DAN JALAN SUSUR HENDAKLAH DIKOSONGKAN
Barang-barang perniagaan dilarang sama sekali diletakkan di kakilima, lorong belakang, lorong sisi, dan juga tepi jalan.
Aktiviti atau kerja berkaitan perniagaan hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan kerjakerja di luar adalah dilarang.
STOR PENYIMPANAN
Semua barang atau peralatan dan bahan makanan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet, atau meja yang sempurna.
Dilarang meletak stok makanan di atas lantai.
KEPERLUAN BOMBA
Menyediakan alat pemadam api yang mencukupi serta diakui sah oleh Jabatan Bomba.
Pintu masuk/keluar hendaklah bebas daripada sebarang halangan pada setiap masa.
BAYARAN
Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis.
Bayaran lesen adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
Bayaran carian bagi lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
MUAT TURUN