Logo Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dicipta bagi mewujudkan satu identiti yang kuat dan teguh serta mencerminkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di MPBP. Logo MPBP ini menggabungkan beberapa elemen iaitu: garisan, abstrak dan tulisan. Setiap elemen ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Ia selaras dengan wawasan yang ingin dicapai dan aktiviti sepanjang masa serta nilai-nilai positif di dalam organisasi.

Maksud setiap komponen yang terdapat di dalam Logo adalah seperti berikut:

1.Mahkota:Melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Majlis Perbandaran Batu Pahat dibawah naungan negeri yang berdaulat.
2.Dua ekor harimau:Melambangkan ketegasan dan keberanian Majlis Perbandaran Batu Pahat dalam melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang.
3.Dua helai daun:Melambangkan kesejahteraan dan persekitaran yang sihat dan bersih.
4.Tulisan Jawi:Tulisan jawi ‘Majlis Perbandaran Batu Pahat’ di kedudukan atas Logo tersebut sebagai tanda bahawa jati diri, agama dan budaya adalah kekuatan MPBP dan ia akan sentiasa dipelihara.
5.Tulisan Rumi:Tulisan rumi ‘MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT’ dibentukkan secara melengkong bagi melambangkan MPBP sebagai peneraju kemajuan dan memulihara kesejahteraan bagi warga Majlis Perbandaran Batu Pahat.
6.Warkah:Slogan ‘MAJU DAN SEJAHTERA’ di bahagian bawah yang tertera di atas sekeping warkah (scroll) adalah sebagai simbol pengisytiharan rasmi MPBP sebagai sebuah perbandaran yang sah dan berwibawa.
7.Bentuk bujur:Bentuk bujur menjadi bentuk utama Logo. Ia memperlihatkan nilai kekuatan rohani, fizikal serta mental dan mempunyai tekad dan keazaman yang tinggi. Bentuk bujur ini juga menjadi lambang kepada sebuah Majlis Perbandaran yang dinamik dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.
8.Lada Hitam:Mencerminkan keprihatinan MPBP dan warga perbandaran pada sejarah, dan suatu masa dahulu tanaman ini merupakan tanaman utama di daerah Batu Pahat.
9.Bentuk geometrik bermotifkan Islam:Melambangkan Islam sebagai agama rasmi dan memaparkan nilai murni dan ketelusan dalam pentadbiran adalah pegangan MPBP dalam menjalankan  tanggungjawab dan usaha kearah mencapai matlamat organisasi.
10.Empat jalur biru dan kuning:Melambangkan pergerakan seiring MPBP bersama warga perbandaran dalam memantau perlaksanaan pembangunan dan hala tuju MPBP serta kawasan pentadbirannya kea rah perbandaran yang makmur dan harmoni. Jalur ini bersilang untuk memberi gambaran simbolik kepada ikatan setiakawan dan kejiranan serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Batu Pahat.
11.Papan litar dan simbol arus:Melambangkan keprihatinan MPBP dalam mengikuti arus kemajuan teknologi terkini dan menerapkannya dalam pentadbiran MPBP.
12.Rekabentuk tiga gerbang:Menggambarkan wawasan yang kukuh yang membawa kepada kemajuan ekonomi, sosial dan pendidikan. Manakala gerbang yang digabungkan dengan elemen sfera melambangkan masyarakat yang bermuafakat dan saling hormat menghormati. Kedudukan perlambangan manusia yang saling bertindan melambangkan sifat kejiranan yang baik dan saling bekerjasama.
13.Jalur merah dan hitam:Merupakan warna bendera Batu Pahat

Maksud Warna Logo

BiruMelambangkan nilai-nilai profesionalisma dalam pentadbiran dan kasih saying sesama masyarakat.
KuningMelambangkan kecemerlangan dan kegemilangan MPBP dalam merealisasikan cita-cita yang sentiasa membara.
PutihMelambangkan kejujuran, ketelusan, kecekapan dan sifat amanah setiap individu dalam menjalankan tanggungjawab.


Kembali
Dibawah topik ini