SYARAT-SYARAT LESEN ANJING

LESEN

  1. Lesen anjing sah sehingga 31 Disember setiap tahun dan Mesti Diperbaharui Pada Setiap Tahun Sebelum 31 Januari tahun berikutnya.
  2. Semua anjing yang berumur 3 bulan atau lebih yang tidak memakai lencana lesen yang sah akan dimusnahkan.

  3. Memberi jagaan yang sempurna dan pastikan  bebas dari sebarang jangkitan penyakit.

  4. Mendapatkan suntikan imunisasi mencegah penyakit anjing gila (Hydrofobia) dan dapatkan sijilnya daripada Doktor Veterinar yang diperakui.

  5. Menyediakan kandang / kanel yang sesuai dan menjaga kebersihannya serta mengurus najis, air kencing, sisa makanan dengan sempurna.

  6. Mengawal dan menghindarkan dari mudarat serta kacau ganggu kepada alam skitar dan orang awam iaitu :

  • Anjing tidak dibenarkan merayau-rayau di luar premis tanpa pengawasan

  • Anjing hendaklah dirantai lehernya semasa dibawa bersiar-siar

  • Pastikan anjing anda tidak menyalak berterusan sehingga menjadi kacau ganggu kepada jiran-jiran 

  1. Tidak dibenarkan dimana-mana premis atau pegangan digunakan bagi menyimpan anjing untuk pembiakan bagi maksud perdagangan melainkan jika dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Melesen

  2. MPBP boleh mengambil tindakan termasuk mengarahkan anjing berlesen itu ditangkap sekiranya mendapati anjing berlesen itu mebahayakan dan tiada pampasan boleh dituntut.

  3. MPBP boleh menangkap mana-aman anjing yang berlesen tetapi berkeliaran di tempat awam. Pemunya yang ingin menuntut dengan menjelaskan bayaran kompaun RM500.00. Kegagalan menuntut dan menjelaskan bayaran kompaun membolehkan MPBP melupuskan anjing tersebut.

  4. Bilangan Dan Jenis Rumah Dibenarkan Untuk Pemeliharaan Anjing :

  • Rumah Pangsa -1 Ekor
  • Rumah  Teres Dan Rumah Link – 2 Ekor
  • Rumah Berkembar – Tidak Lebih 3 Ekor
  • Rumah Banglo – Tidak Lebih 4 Ekor

MUAT TURUN

Kembali
Dibawah topik ini