MENU

PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 24 - ZON RENGIT SELATAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

27 JULAI 2024 | SABTU - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 24, Encik Arzahar bin Salleh telah diadakan dengan jayanya bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Ria, Rengit.

Program dimulakan dengan taklimat dan program 10,000 langkah yang disertai lebih kurang 150 orang meliputi jarak keseluruhan 5 kilometer yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Encik Arzahar bin Salleh, Ahli Majlis MPBP Zon 24.

Program diteruskan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Batu Pahat, aktiviti plogging, serta penyampaian sumbangan bakul makanan oleh Yayasan Makmur Batu Pahat.

Selain itu terdapat juga pameran denggi serta pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Batu Pahat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Program Gerak Mesra Zon 24 pada hari ini.

#MPBP #MajudanSejahtera #GerakMesra #JohorBersih #BPHebat