MENU

17 Julai 2024 | Rabu - Satu lawatan dan penilaian projek oleh PlanMalaysia bagi Malaysia Urban Planning Award (MUPA) 2024 – Anugerah Amalan Perancangan Terbaik 2024 telah diadakan di Ramatex Group of Companies. Penilaian tersebut dihadiri oleh TPr. Mohd Zainuddin bin Jumaat – Ketua Unit Inovasi Bandar, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, En. Mohd Ariffin bin Ahmad - Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Pn. Jasmin binti Farjan Ali @ Pasanali - Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan En. Khairul Redza Bin Kalip @ Khalid – Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa. Turut hadir serta wakil dari pihak MPBP En Shahril bin Karjoo - Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, En Norazam bin Sulaiman – Pegawai Perancangan Bandar, En Hafrizam bin Jabir - Penolong Jurutera dan Encik Muhammad Azri bin Alwi serta wakil pihak Ramatex.

Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menyertai Anugerah Amalan Perancangan Terbaik 2024 yang telah diadakan oleh pihak PlanMalaysia pada bulan Jun 2024 bagi kategori Anugerah Penyediaan Penginapan Pekerja berpusat (CLQ) 2024. Lawatan ini bertujuan untuk penilaian dan pengesahan bagi projek pembangunan asrama pekerja yang telah dibina oleh pihak Ramatex selaras dengan pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) dan Sustainable Development Goals 8 – Decent Work and Economic Growth.