MENU

2 Jun 2024 (Ahad) - Sesi Perkongsian Ilmu oleh Pakar Bidang Bil.2/2024 bertempat di Trove Hotel, Johor Bahru untuk Kajian Adaptasi Iklim di Daerah Batu Pahat yang terdiri daripada LAr. Meor Abdullah Zaidi Bin Meor Razali (Pengarah Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Ipoh dan Institute of Landscape Architects Malaysia - ILAM), Prof. Madya Sr. Dr. Siti Aekbal Binti Salleh (Timbalan Pengarah, Institut Biodiversiti & Pembangunan Lestari (IBSD) UITM, Dr. Faezah binti Pardi (Ketua Biodiversiti & Persekitaran Lestari (IBSD) UITM, En. Hariz Ibrahim (Arborist dan Tree Surgeon, Urban Forestry dan Prof. Ts. Dr. Seow Ta Wee (Ketua Pusat Kelestarian Infrastruktur dan Pengurusan Persekitaran, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM. Turut dihadiri, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng, Tuan Haji Nur Faiz bin Jamil, rakan-rakan dari Majlis Daerah Yong Peng, agensi-agensi kerajaan dan barisan pasukan kajian Think City.

Sesi perkongsian pada hari ini merupakan perjumpaan yang kedua di mana melibatkan agensi-agensi antaranya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat, Pejabat Meteorologi Johor, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Batu Pahat dan Jabatan Alam Sekitar Batu Pahat.

Terima kasih diucapkan kepada wakil dr Yayasan PETRONAS yang terdiri daripada En. Fadli Malan (Supervisor, Program Execution - PETRONAS Southern Office dan Pn. Nor Syahirah Mohamad Zain (Manager, Planning & Services) kerana turut serta dalam sesi perkongsian ilmu pada hari ini.

Diharapkan agar sesi perkongsian pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terlibat dalam menangani isu dan masalah berkaitan perubahan iklim di Daerah Batu Pahat.

Yayasan PETRONAS

Think City

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 1 Julai 2024 - 2:43pm