MENU

PROGRAM TUAI SANTAI KEBUN KOMUNITI MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT DI BAWAH INISIATIF KEJIRANAN HIJAU MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT.

26 Mei 2024 (Ahad) - Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengadakan Program Tuai Santai Kebun Komuniti MPBP bertempat di Aras 4 (Rooftop) Menara MPBP, Batu Pahat. Program dihadiri oleh En. Ezahar b Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat turut menyertai program ialah Tn Hj Abdul Karim b Hj Bakar, En. Zaidi b Japar, Ketua Whip MPBP, En Ter Hwa Kwong, Ahli Majlis MPBP, En. Shahril b Karjoo Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, serta ketua-ketua jabatan dalaman serta kakitangan yang turut hadir serta secara sukarela. Program penanaman Kebun Komuniti MPBP ini merupakan salah satu projek di bawah Inisiatif Kejiranan Hijau MPBP memberi fokus kepada penanaman pokok Terung dan Cili. Projek ini telah bermula pada Januari 2024 dengan penanaman awal melibatkan sebanyak 1,000 polybag. Hasil tuaian peringkat pertama tanaman berjaya mengumpul sebanyak 230 kilogram terung. Peringkat kedua tuaian akan diteruskan setelah hasil tanaman matang sepenuhnya.

Selaras dengan Inisiatif Kejiranan Hijau MPBP, sehingga kini MPBP telah bekerjasama membangunkan dua (2) Kebun Komuniti di Taman Sri Penggaram dan Taman Banang Jaya dengan kerjasama penduduk. Program Kebun Komuniti merupakan salah satu komponen di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDGs) iaitu Matlamat 2 (Zero Hunger) - "Menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan." dan Matlamat 11 (Sustainable Cities & Communities) - "Menjadikan petempatan inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan."

Majlis Perbandaran Batu Pahat sentiasa komited ke arah menjadikan Batu Pahat bukan sahaja maju dan sejahtera, namun mengambilkira pembangunan hijau dan mampan bagi memastikan masyarakat Batu Pahat hidup dalam kualiti hidup yang terbaik.

#batupahatmajusejahtera

#SDGs

#batupahatmampan

#bpsmartandlowcarboncity

#penggaramlowcarbon

#majujohor

#kelaparansifar

#SDG2

#SDG11

Kemaskini Terakhir: Isnin, 1 Julai 2024 - 2:43pm