29 JUN 2024 | SABTU
PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 20
MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT
DI DEWAN PERNIAGAAN CINA BATU PAHAT, JALAN RAHMAT
Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 20 telah diadakan anjuran bersama dengan Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat sempena Karnival dan Pameran Haiwan Kesayangan.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ter Hwa Kwong dan turut dihadiri Presiden Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Encik Boo Chin Liong, Ahli-ahli Majlis MPBP dan ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah Plogging sempena Johor Bersih, Taklimat "Kesedaran dan Tanggungjawab Bersama Mengatasi Masalah Anjing Liar", Pameran haiwan-haiwan peliharaan, penyampaian sumbangan oleh Yayasan Makmur Batu Pahat dan car booth sale.