MENU

PROGRAM GERAK MESRA

AHLI MAJLIS ZON SRI SULONG

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

22 MEI 2024 (RABU) - Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran lebih 100 orang di Kawasan Tanah Lapang, Jalan SS 15 , Taman Sri Sulong, Batu Pahat anjuran Tuan Haji Hamdan Bin Ayub, Ahli Majlis MPBP Zon Sri Sulong.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hamdan Bin Ayub, Ahli Majlis MPBP Zon Sri Sulong. Turut hadir sama adalah Yang berbahagia Dr.Siti Aisyah Binti Jalaluddin, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Sulong; wakil Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat; wakil SW Corp; wakil Southern Volunteers Batu Pahat dan wakil KRT Taman Sri Sulong.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti plogging dan gotong royong disekitar kawasan perumahan terutamanya di Jalan Sri Sulong 15 dan 17, Taman Sri Sulong, Taklimat "Pencegahan Denggi" oleh Dr.Siti Aisyah Binti Jalaluddin serta Pameran Denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat. Antara pengisian lain adalah Majlis Penyampaian Cenderahati kepada yang terlibat.

#MPBP #MajudanSejahtera

Kemaskini Terakhir: Isnin, 1 Julai 2024 - 2:43pm