MENU

MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN (JSTP) DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PESISIRAN SUNGAI BATU PAHAT,JOHOR

08 JULAI 2024 (ISNIN) – Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JSTP) Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pesisiran Sungai Batu Pahat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima, Aras 14, Menara MPBP, Majlis Perbandaran Batu Pahat yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Mesyuarat yang diadakan ini bagi mendengar dan membuat pengesyoran ke atas pandangan dan bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh orang awam yang melibatkan sebanyak 14 bantahan.

Turut serta Pengarah Perancang Bandar Dan Desa Negeri Johor, TPr Saidin bin Lateh, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin, Wakil Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bahagian Pembangunan Negeri Johor, Wakil Pegawai Pejabat Daerah Batu Pahat, Wakil Pejabat Tanah Batu Pahat serta wakil Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia.

Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia

PLANMalaysia Johor

#majudansejahtera

#mpbp

#drafRKKPesisiranSungaiBatuPahat

Kemaskini Terakhir: Ahad, 21 Julai 2024 - 9:49am