MENU

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KAWASAN PERINDUSTRIAN (IPMC) PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT BIL. 1 TAHUN 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Perindustrian (IPMC) peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat Bil. 1/2024 telah dilaksanakan pada 21 Mei 2024 bertempat di Aras 14, Menara Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan YangDipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin dengan penglibatan daripada Ahli – Ahli Majlis MPBP, Agensi Peringkat Daerah Batu Pahat dan Peringkat Negeri, ketua-ketua zon taman industri dan jabatan dalaman MPBP.

Hasil mesyuarat telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah antaranya rekabentuk pintu gerbang di kawasan Perindustrian Rengit, penebangan pokok di kawasan bersebelahan kilang Ramatex Textile Industrial Sdn Bhd, masalah sistem perparitan di kawasan kilang JK Wire dan lain-lain.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 1 Julai 2024 - 2:43pm