MENU

16 JULAI 2024 | SELASA

MESYUARAT JAWATANKUASA BELANJAWAN TAHUN 2025

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Mesyuarat dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Delima, Tingkat 14, Menara MPBP dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Pejabat Kewangan Negeri Johor.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP, Encik Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha MPBP, Cik Azyan Hamizah binti Burhan, Akauntan SUK Johor Bahagian Kerajaan Tempatan, Puan Nur Erleta binti Abu Samah Penolong Setiausaha Kanan dari SUK Johor Bahagian Sumber Manusia, Pihak Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor dan Ketua-ketua Jabatan MPBP.

Semoga hasil pembentangan Belanjawan Tahun 2025 akan mendapat perhatian kelulusan pihak Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor untuk pelaksanaan tahun 2025.

#BPHebat

#pelanconganbatupahat

#mpbp

#majudansejahtera

Kemaskini Terakhir: Ahad, 21 Julai 2024 - 9:49am