MENU

KHAMIS | 8 OGOS 2024

Majlis Perasmian Penutup Kursus Teknikal Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Berstrata, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] Siri 2/2024 Anjuran Bersama KPKT dengan MPBP

Kursus Teknikal Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Berstrata, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] Siri 2/2024 anjuran bersama pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPBP telah diadakan selama dua hari bermula 7 Ogos 2024 (Rabu) di Menara MPBP. Kursus ini khusus diadakan bagi pegawai-pegawai teknikal COB PBT Zon Selatan dengan penyertaan seramai 30 orang peserta dari PBT negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sepanjang kursus, peserta telah diberikan pendedahan mengenai aspek teknikal pengurusan strata dalam mendepani isu-isu seperti penilaian & penyenggaraan bangunan bertingkat, penggunaan gas berpaip di bangunan serta pembacaan meter air pukal & individu di komuniti berpagar. Ceramah telah disampaikan oleh PMGr. En. Mohd Razik bin Mohamed Shakif (Ketua Unit COB MP Kulai), En. Mohammed Faiz Izzudin bin Rahmat (Suruhanjaya Tenaga) dan En. Aziz bin Ishak (SPAN). Peserta turut membuat lawatan teknikal di skim pemajuan berstrata Pangsapuri Horizon Sky Villa dengan kerjasama JMB.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh TPr. Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar (Setiausaha MPBP merangkap Timbalan COB). Turut hadir, En. Mohd Zamri bin Ishak (Ketua Penolong Pengarah Bhg. Pengurusan Strata JPN KPKT), En. Mohd Amirrul Amir bin Ismail, (Penolong Pengarah Kanan, Unit Perundingan, Bhg. Pengurusan Strata, JPN KPKT), Ir. Puan Juranie binti Dumatin (Jurutera Awam Kanan, Unit Teknikal, Bhg. Pengurusan Strata JPN KPKT) dan Sr. Puan Mastura binti Othman (Ketua Jab. Penilaian dan Pengurusan Harta MPBP).

#strata

#cobmpbp

#kpkt

#akta757

Kemaskini Terakhir: Khamis, 29 Ogos 2024 - 11:52am