MENU

6 OGOS 2024 | SELASA

LAWATAN PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB – PBT) MPBP BAGI TAHUN 2024

Telah dilaksanakan sesi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2024 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Bilik Mesyuarat Aras 14, Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Panel penilai telah diketuai oleh Encik Marthadan a/l Yathamaniam, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan.

Sebanyak 4 kriteria utama dan 17 sub-kriteria telah dinilai oleh pasukan inspektorat KPKT yang merangkumi aspek Pengurusan Organisasi, Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras (Core), Pengurusan Pelanggan dan Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para panel penilai dan seluruh warga kerja MPBP atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan penilaian ini berjalan dengan lancar.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 29 Ogos 2024 - 11:52am