MENU

Lawatan Dry Run River Cruise

28 Mei 2024 - Lawatan Dry Run River Cruise telah diadakan dengan penglibatan 11 orang Ahli Majlis di bawah Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar. Turut sama Tuan Setiausaha, Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, wakil daripada Jabatan Perancang Pembangunan Encik Shahril bin Karjoo, Encik Muhammad Haniff bin Mohd Tuharni, Puan Dayana binti Zakaria dan wakil-wakil daripada Jabatan Kejuruteraan & Landskap Encik Mohammad Danial bin Azri dan Puan Nur Sheila Liana binti Zorkepli dan wakil drpd Unit Perhubungan Awam dan Korporat Encik Saharuddin bin Mohd Taib.

Sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haniff berkenaan tujuan Dry Run River Cruise dijalankan iaitu untuk memberi gambaran potensi dan cadangan-cadangan yang akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menarik pelancong ke Daerah Batu Pahat.

Sesi lawatan mengambil masa selama 1 jam 30 minit bermula dari Jeti Kampung Muhibbah hingga ke Tanjung Semanik. Cadangan dan potensi river cruise ini dilihat sebagai persediaan awal dalam menyambut Tahun Melawat Johor 2026. Terima kasih buat komuniti nelayan Kampung Muhibbah dengan sambutan dan persediaan yang telah dilakukan. Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan dalam merangka dan menjalankan kehendak dan matlamat di dalam dokumen RKK Persisiran Sungai Batu Pahat seterusnya meningkatkan sektor pelancongan khususnya di Daerah Batu Pahat.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#exquisitesbatupahat

#pelanconganbatupahat

Kemaskini Terakhir: Isnin, 1 Julai 2024 - 2:43pm