MENU

'HIKING' GUNUNG BANANG

12 MEI 2024 | AHAD

Gunung Banang merupakan salah satu gunung yang menarik untuk didaki selain daripada Bukit Soga, Bukit Payung, Bukit Botak dan lain-lain. Puncak Gunung Banang terletak pada ketinggian 432.38 meter dari paras laut dan popular sebagai kawasan rekreasi orang ramai untuk berjoging dan mendaki, selain mempunyai pemandangan indah menghadap Selat Melaka. Gunung ini mempunyai 2 trek laluan iaitu laluan denai dan jalan tar.

Aktiviti mendaki puncak Gunung Banang dengan kerjasama Wellness Hub Batu Pahat merupakan pengisian Program Cabaran Penurunan Berat Badan 2.0 anjuran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Seramai 44 orang peserta telah berjaya menamatkan aktiviti pendakian sejauh 2950 meter melalui jalan tar yang bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 1 tengah hari.

Syabas, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.

#JabatanKesihatanPersekitaran

#BPHebatKebersihan

#MajuSejahtera

#MPBP

#JohorBersih

#WellnessHub

Kemaskini Terakhir: Isnin, 1 Julai 2024 - 2:43pm