MENU

ACARA KEJOHANAN BMX TERBUKA MALAYSIA TAHUN 2024

18 MEI 2024

Telah berlangsung Acara Kejohanan BMX Terbuka Malaysia Tahun 2024 anjuran Persatuan Guyup BMX Racing dengan kerjasama Majlis Perbandaran Batu Pahat bersempena Tahun Melawat Johor 2026 pada 18 Mei yang lalu. Acara Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha MPBP, Haji Abdul Karim bin Haji Bakar. Turut dihadiri Hj Husaimi bin Hashim (Penaung Guyup BMX Racing) selaku Ketua Kampung Parit Tengah, Encik Md Rashidi bin Kamhar (Pengerusi Guyup BMX Racing), Encik Mohd Fared bin Abd Rahman (Timbalan Presiden Persatuan Basikal Negeri Johor) dan Encik Fairus bin Jaafar (Timbalan Setiausaha Persatuan Basikal Negeri Johor). Acara seterusnya ialah persembahan BMX Racing kategori Pembangunan Lelaki dan Perempuan selama 2 minit dan acara terakhir ialah penyampaian 7 kategori hadiah kepada pemenang yang disampaikan oleh Tuan Haji Husaimi bin Hashim dan 7 kategori pemenang telah disampaikan oleh Haji Abdul Karim bin Haji Bakar. Tahniah kepada semua pemenang! Semoga kita berjumpa di acara yang seterusnya!

#MajuSejahtera

#MPBP

#pelanconganbatupahat

#exquisitesbatupahat

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 1 Julai 2024 - 2:43pm