07 - 09 JANUARI 2025 | SELASA - KHAMIS - Program Pendaftaran dan Undian Petak Bazar Ramadan Tahun 2025 telah berlangsung pada 7, 8 dan 9 Januari 2025 bertempat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Enam lokasi yang terlibat dalam proses undian adalah:
1. Bazar Ramadan Pesta
2. Bazar Ramadan Taman Budaya
3. Bazar Ramadan Taman Kristal
4. Bazar Ramadan Taman Universiti
5. Bazar Ramadan Taman Putera Indah
6. Bazar Ramadan Senggarang
Tahniah diucapkan kepada peniaga-peniaga yang telah berjaya dalam undian petak.
Kepada yang tidak berjaya, terima kasih di atas kerjasama anda.