PLANMalaysia Johor Diumum Anugerah Jabatan / Agensi Teknikal Terbaik Jawatankuasa OSC MPBP 2024

PLANMalaysia Johor Diumum Anugerah Jabatan / Agensi Teknikal Terbaik Jawatankuasa OSC MPBP 2024

  • 8 Jan 2025
  • Berita

08 JANUARI 2025 | RABU - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) diumum sebagai Jabatan / Agensi Teknikal Terbaik Jawatankuasa OSC MPBP 2024. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua, Encik Ezahar bin Abu Sairin kepada wakil PLANMalaysia Johor, Encik Nazli Hidayat bin Hamid di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil.1/Januari 2025. Turut hadir sama menyampaikan anugerah adalah Setiausaha MPBP, Encik Abdul Razak bin Ithnain dan Ketua Whip, Encik Zaidi bin Japar. 

PLANMalaysia Johor turut diberi Penghargaan Kehadiran Penuh ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC sepanjang tahun 2024 bersama-sama Pejabat Daerah Batu Pahat.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada jabatan terpilih. Diharap kerjasama yang baik ini sentiasa berterusan bagi memastikan pembangunan yang diluluskan mematuhi semua keperluan teknikal jabatan/agensi yang berkaitan.

#PLANMalaysia #Pejabat Daerah Batu Pahat #MajuJohor #PLANMalaysia #MajudanSejahtera