Berhubung dengan perkara yang tersebut di atas, tuan/puan dikehendaki menghadiri Kursus Pengendalian Makanan mengikut sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh | : | 30/10/2016(Ahad) |
Masa | : | 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari |
Tempat | : |
No. 28 A Jalan Timah Sari Kg. Kenangan Dato' Onn. Di atas Restoran Jati Kini (Berhadapan Bangunan Tabung Haji Batu Pahat) |
2. Sila sediakan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM 58.00 bagi setiap peserta, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran passport.
3. Kehadiran adalah diwajibkan. Jika didapati tuan/puan gagal menghadiri kursus ini tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap tuan/puan.