MENU

Pada 13 Julai 2024 telah diadakan Program Gerak Mesra Zon 4 Shahbandar MPBP di bawah Ahli Majlis Encik Lim Sey Ken, Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Daerah Batu Pahat dan Larian Perpaduan Dihati KRT Kg Satey/Pantai di Pusat KRT Kg Satey/Pantai Taman Pantai.

Program telah dirasmikan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut sama ialah Puan Noraishah bt. A Jabar , Timbalan Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Encik Rozali Sharif Pengerusi KRT Kg. Satey /Pantai serta Encik Amirul Azmer bin Zakaria Pegawai Perpaduan Daerah Batu Pahat

Objektif utama program Gerak Mesra ini adalah :-

a. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan persekitaran

b. Memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan di kalangan ahli-ahli daripada kalangan NGO, agensi-agensi kerajaan, swasta serta penduduk setempat.

c. Menjadikan kawasan persekitaran yang bersih daripada sampah sarap dan bebas denggi

d. Memberi peluang kepada Ahli Majlis dan agensi-agensi kerajaan mendekati penduduk setempat dan memahami masalah-masalah mereka

e. Memupuk semangan kejiranan dan kesukanan

Penglibatan agensi-agensi luar termasuk daripada KRT Kg Satay/Pantai, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Southerrn Volunteer Batu Pahat, SWCorp dan SWM, Klinik Kurnia Batu Pahat, Tabika Perpaduan serta Nestle (MILO)

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan Program Gerak Mesra Zon 4 Shahbandar pada hari ini seperti Larian Perpaduan DiHatiKu 2024, pameran dan perkhidmatan agensi, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, Jom Rasa Malaysia, Pentas Busana Perpaduan serta Jualan dan Dapur Komuniti.

Yayasan Makmur Batu Pahat juga menyampaikan sumbangan kepada 10 orang individu terpilih daripada penduduk di Zon 4 Shabandar ini.

Jumlah kehadiran adalah seramai 400 orang.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 21 Julai 2024 - 9:49am