MENU

6 Julai 2024 | Sabtu

Program Pelancongan iaitu Luban Charity Run 2024 telah berjalan dengan lancar. Acara dimulakan dengan sesi senamrobik seterusnya sesi pelepasan larian oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor) dan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor). Turut hadir bersama Tuan Haji Mohd Faiz bin Azman (Ketua Penolong Pegawai Daerah), Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar (Setiausaha, MPBP), En. Zaini bin Dolah selaku wakil Jurutera Daerah JPS, dan Encik Lim Hee Tiang (Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Perabut Batu Pahat).

Acara seterusnya ialah sesi plogging bersempena Program Johor Bersih yang bermula dari Laman Tanjung, Jalan Shahbandar sehingga ke Astaka Shahbandar. Tidak lupa juga gimik tanaman pokok oleh jemputan VIP di lokasi yang sama iaitu di Laman Tanjung.

Acara diteruskan dengan ucapan rasmi daripada Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon (Pengerusi Jawatankuasa

Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor) seterusnya menyampaikan hadiah pemenang bagi Acara Luban Charity Run 2024 dan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Acara pada pagi ini diakhiri dengan sesi sidang media bersama RTM, The Star, China Press dan Bernama.

Terima kasih buat semua agensi kerajaan, semua Ahli Majlis MPBP, wakil-wakil NGO dan rakan media yang terlibat dan tahniah kepada semua 600 perserta dan hadirin yang hadir memeriahkan Acara Luban Charity Run 2024 dan Program Johor Bersih. Jumpa anda semua pada program pelancongan yang seterusnya!

Kemaskini Terakhir: Ahad, 21 Julai 2024 - 9:49am