MENU

Menu utama

1.Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis pendaftaran  dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

 

 

NO.

TENDER

 

PERIHAL KERJA

 

KELAS , PENGHUSUSAN & HARGA DOKUMEN

TARIKH DOKUMEN DIJUAL

TARIKH & MASA LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT

MPBP-5-2018

MENAIKTARAF LAMPU HIASAN JALAN DI PERSIMPANGAN MASJID SULTAN ISMAIL HINGGA PERSIMPANGAN BP MALL , MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT, JOHOR

 G4

 

 

E04 & E16 & E17

JUALAN

16.7.2018 HINGGA 30.7.2018

 

TUTUP PADA

5.8.2018

(AHAD)

(12.00 Tengahari)

 

HARGA

RM200.00

 

PENDAFTARAN

9.30 PAGI  HINGGA

 10.30 PAGI

 

LAWATAN TAPAK

11.00 PAGI

 

 

TARIKH

16.7.2018

(ISNIN)

 

 

 

2.   Penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai Sesi lawatan tapak / taklimat yang akan diadakan pada tarikh dan masa sepertimana yang telah ditetapkan. Tempat pendaftaran dan sesi taklimat ialah di BILIK MESYUARAT ,MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT . Penender juga boleh mewakilkan lawatan tapak/taklimat ini kepada wakilnya yang sah (Definasi wakilnya yang sah ialah kakitangan syarikat yang membawa Surat Perwakilan Kuasa daripada syarikat berkenaan).

 

3.   Hanya seorang Penender / Wakil Penender sahaja dibenarkan menjalankan urusan pembelian dokumen tender dan menghadiri taklimat / lawatan tapak. Untuk maksud ini Pentender / Wakil Penender diwajibkan  membawa Perakuan Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputra (Salinan hendaklah disertakan untuk simpanan pihak Majlis) dan Sijil Sururhanjaya Malaysia (SSM). Penender yang mematuhi syarat di atas sahaja DIBENARKAN menyertai sesi lawatan tapak / taklimat serta membeli dokumen tender yang dikeluarkan.

 

4.   Dokumen tender boleh diperolehi di JABATAN KEWANGAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT pada tarikh yang telah ditetapkan dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.00 petang (dokumen tender tidak akan dijual selepas tarikh tersebut). Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara Tunai / Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang yang dibuat di atas nama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Bayaran dokumen ini tidak akan dikembalikan.

 

5.   Dokumen-dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditulis No. Tender  dan Perihal Kerja di sudut atas sebelah kiri sampul surat. Tender yang tidak dihantar melalui pos hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di JABATAN KEWANGAN,  MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT, JALAN PEJABAT, 83000 BATU PAHAT sebelum jam 12.00 tengahari pada  5.8.2018 .

 

6.   Majlis Perbandaran Batu Pahat tidak terikat untuk  menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang lain.

 

 

 

YANG DIPERTUA

 

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Attachments: 
Tender Ref: 
IKLAN TENDER
Tender Closing Date: 
Ahad, 5 Ogos 2018
Tender Start Date: 
Isnin, 16 Julai 2018