PERMOHONAN SEWAAN KAKI LIMA / PETAK LETAK KERETA
PERMOHONAN :
- Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan Sewaan Kaki Lima / Petak Letak Kereta yang boleh diambil di Unit Tempat Letak Kereta MPBP.
- Sila lampirkan :
- Salinan Lesen Perinigaan MPBP yang sah tempohnya.
- Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM.
- 1 gambar lokasi / lakaran lokasi.
- Permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
- Sewa Kaki Lima :
- Kebenaran adalah bagi kaki lima di hadapan premis sahaja.
- Jangkamasa yang dibenarkan adalah bagi tempoh 9.00 pagi - 9.00 malam.
- Keluasan yang dibenarkan adalah keluasan laluan atau lorong bagi pejalan kaki dan tidak menutup lalu tangga atas.
- Kebersihan laluan dan kawasan sekeliling adalah tanggungjawab pemohon.
- Pihak MPBP tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecurian di kawasan sewaan.
- Pihak MPBP boleh membatalkan sewaan pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.
- Tindakan sita dan kompaun boleh dikenakan sekiranya pemohon gagal mematuhi mana-mana syarat.
- Sewa Petak Letak Kereta :
- Setiap permohonan hendaklah terlebih dahulu mendapat keputusan pihak MPBP.
- Kawasan jalan yang disewa hendaklah terkawal dari kesesakan lalu lintas.
- Bayaran hendaklah dijelaskan selepas permohonan diluluskan.
- Sekiranya penyewa gagal menjelaskan bayaran sewaan Tempat Letak Kereta dengan ini pihak MPBP boleh mengeluarkan kompaun danmenyita barang dagangan di petak Tempat Letak Kereta.
- Penyewa tidak dibenarkan membasuh, mencuci, memasak dan membina apa-apa binaan dan di dalam petak sewaan.
- Penyewa hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan akta yang digunapakai oleh MPBP dari masa ke semasa. Sekiranyaa gagal, penyewa boleh dikenakan kompaun.
- Pemohon hendaklah meletakkan kun-kun keselamatan dan menerangkan (lampu) di kawasan tempat letak kereta.
- Kelulusan hanya dibenarkan dihadapan premis perniagaan sahaja.
- Jangkamasa sewaan tempat letak kereta dibenarkan mulai jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi (bagi kedai makan dan minuman sahaja).
- Sebarang kemalangan, kecurian, keselamatan pelanggan dan orang awam di kawasan sewaan tempat letak kereta adalah tanggungjawab pemohon dan pihak MPBP tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan keselamatan dan kecurian di kawasan sewaan Tempat Letak Kereta.
TAMBAHAN SYARAT BAGI SEWAAN PETAK LETAK KERETA BERMUSIM SAHAJA
- Keselamatan kenderaan adalah menjadi tanggungjawab penyewa sendiri.
- MPBP tidak bertanggungjawab ke atas mena-mana kereta yang diletakkan di petak musim atau lain-lain kegunaan petak tanpa izin penyewa.
- Yang DiPertua boleh membatalkan sewaan petak letak kereta bermusim pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa notis.
BAYARAN :
- Sila hadir ke Unit Tempat Letak Kereta MPBP untuk urusan bayaran.
- Bayaran hendaklah dibuat untuk tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan.
- Bayaran hendaklah dijelaskan setiap awal bulan sebelum 7 hari bulan.
PENAMATAN SEWAAN :
- Penyewa dikehendaki memaklumkan ke Unit Letak Kereta MPBP secara bertulis sebulan sebelum tarikh menamatkan sewaan.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Encik Ismail Bin Sulaiman
Encik Zainuddin Bin Budi
Jabatan Kewangan
07-4337993