MENU

Menu utama

SYARAT-SYARAT LESEN PASAR LAMBAK

LESEN

  1. Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.

  2. Lesen tidak boleh disalahguna, dipindah milik atau dipinda kepada sesiapa pun.

  3. Perniagaan yang dijalankan hanya berdasarkan lesen yang diluluskan sahaja.

  4. Peniaga hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan.

  5. Peniaga hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa

  6. Tiap-tiap lesen adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.

  7. Setiap lesen boleh dibatalkan bila-bila masa jika melanggar peruntukan undang-undang.

PENGENDALI MAKANAN

  1. Peniaga dan semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2 daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.

  2. Peniaga dan semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementarian Kesihatan.

  3. Peniaga dan semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju berlengan, dan megamalkan kebersihan diri pada setiap masa

  4. Peniaga dan semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar dalah dilarang.

KEBERSIHAN TEMPAT PERNIAGAAN

  1. Peniaga hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi dan membersihkan apa jua jenis sampah perniagaan di kawasan sekitar dan dilarang meninggalkan sampah di tempat perniagaan.

  2. Peniaga hendaklah memastikan tempat perniagaan sentiasa bersih, kemas, dan teratur

AKTIVITI

  1. Peniaga hendaklah membayar sewa RM10.00 bagi setiap petak.

  2. Waktu berniaga adalah sebagaimana ditetapkan oleh Majlis :-

  • Pasar pagi : Jam 7.00 pagi hingga 1.30 petang

  • Pasar malam : Jam 5.30 petang hingga 10.30 malam

  1. Bagi peniaga makanan, hendaklah mematuhi syarat tambahan :-

  • Dapur masak terhad kepada 2 unit sahaja dan diletak di belakang petak

  • Kawasan dapur masak mestilah dialas agar tidak merosakkan permukaan petak 

  • Menggunakan pembungkus makanan yang selamat

  1. Petak tidak boleh disewakan atau dipindahmilik kepada sesiapa pun.

  2. Berniaga di petak yang diluluskan oleh Majlis sahaja. Peniaga boleh disaman jika berniaga di luar petak atau petak lain.

  3. Peniaga dibenarkan menggunakan meja dan payung sahaja, penggunaan khemah bertali adalah dilarang.

  4. Peniaga dilarang meletak kenderaan di dalam petak, hanya peralatan sahaja dibenarkan.

  5. Peniaga hendaklah mempamerkan ‘TANDA HARGA’ bagi setiap barangan yang dijual.

 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Cik Syarifah Suhaila Binti Tahir

Jabatan Pelesenan

07-4342693