MENU

Menu utama

SYARAT-SYARAT LESEN IKLAN PREMIS PERNIAGAAN

 

SYARAT PERMOHONAN

  1. Lakaran iklan perlu jelas dan lengkap dan sertakan sijil perakuan kelulusan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

  2. Pemasangan sesuatu iklan tidak boleh menghalang mana-mana tingkap atau ruang keluar asap yang telah ditetapkan dan di dinding luar bangunan.

  3. Iklan tidak dibenarkan dipasang atau didirikan sebelum lesen dikeluarkan oleh pihak Majlis.

  4. Lesen tidak boleh dipindah milik.

SYARAT BAGI KANDUNGAN DAN PERKATAAN DALAM IKLAN

  1. Penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diutamakan dan 10% lebih besar daripada bahasa lain.

  2. Jika Penggunaan Bahasa Malaysia tidak tepat, Yang Di Pertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memberikan notis secara bertulis supaya membuat pembetulan.

  3. Mengekalkan nama syarikat, atau firma yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak perlu diterjemahkan

  4. Sesuatu cap dagangan, logo, label, dan slogan yang hendak dipamerkan mestilah mendapat kelulusan daripada Yang Di Pertua

  5. Iklan yang menunjukkan perkataan 'Halal' dan 'Ditanggung Halal' hendaklah menunjukkan bukti atau mendapat kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan.

BAYARAN

  1. Bayaran proses adalah sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Batu Pahat.

  2. Bayaran lesen adalah bergantung kepada ukuran papan iklan.

  3. Bayaran carian bagi mana-mana lesen adalah sebanyak RM10.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.

  4. . Bayaran gantian / salinan lesen asal yang telah hilang adalah sebanyak RM20.00 dan hendaklah dibayar terlebih dahulu.

CONTOH VISUAL IKLAN

 

 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Cik Syarifah Suhaila Binti Tahir

Jabatan Pelesenan

07-4342693