MENU

Menu utama

SYARAT-SYARAT LESEN PENJAJA DAN GERAI

 

LESEN

  1. Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan.

  2. Lesen tidak boleh disalahguna, dipindah milik atau dipinda kepada sesiapa pun

  3. Perniagaan yang dijalankan hanya berdasarkan lesen yang diluluskan sahaja.

  4. Peniaga hendaklah memberi kerjasama kepada pegawai Majlis semasa pemeriksaan.

  5. Peniaga hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang kecil dan dasar Majlis dari masa ke masa.

  6. Tiap-tiap lesen adalah tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.

  7. Setiap lesen boleh dibatalkan bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang undang.

PENGENDALI MAKANAN

  1. Peniaga dan semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan Suntikan TY2 daripada Pegawai Perubatan kerajaan sahaja.

  2. Peniaga dan semua pekerja hendaklah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementarian Kesihatan.

  3. Peniaga dan semua pekerja perlu berpakaian bersih, kemas, berseluar panjang, dan memakai baju berlengan, dan megamalkan kebersihan diri pada setiap masa

  4. Peniaga dan semua pekerja mestilah memakai penutup kepala dan apron berwarna cerah yang bersih serta memakai kasut yang sesuai. Memakai selipar dalah dilarang.

​KEBERSIHAN TEMPAT MAKANAN

  1. Peniaga hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi dan membersihkan apa jua jenis sampah perniagaan di kawasan sekitar dan dilarang meninggalkan sampah di tempat perniagaan.

  2. Peniaga hendaklah memastikan tempat perniagaan sentiasa bersih, kemas, dan teratur

AKTIVITI PERNIAGAAN

  1. Penjaja dilarang sama sekali meninggalkan peralatan perniagaan di tapak perniagaan, peralatan akan disita oleh pihak Majlis jika ditinggalkan di tapak tersebut.

  2. Lokasi hendaklah sesuai dan tidak menyebabkan gangguan lalulintas kenderaan dan pejalan kaki.

  3. Peniaga tidak boleh menjalankan perniagaan

  • Dalam lingkungan 9 meter (30 kaki) daripada simpang jalan

  • Dalam lingkungan 3 meter (10 kaki) daripada pili bomba

  • Di atas tangga kakilima

  • Di atas lapangan yang berturap