MENU

Menu utama

Wifi

Johor Free Wifi

Projek  Johor Free Wifi telah dilancarkan serentak melibatkan 10 Daerah di Negeri Johor pada 30 Ogos 2015 (Malam Ambang Merdeka).

Projek ini telah berkuatkuasa pada 01 Januari 2016, melibatkan 10 Daerah, 16 PBT dan 13 Projek Perumahan Rakyat di Negeri Johor yang menjadi tumpuan orang awam.

Secara keseluruhanya, pemasangan Hotspot di Negeri Johor adalah 135 Unit di mana di kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat melibatkan 11 Lokasi termasuk di  Kaunter Bayaran MPBP.

Lokasi Wifi Percuma Johor Daerah Batu Pahat

Kaji Selidik Johor Free Wifi

  • 1

Wifi Komuniti

WIFI KOMUNITI  (WK) DI TAMAN NIRA

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan.

WiFi secara ‘hotspot’ merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombang WiFi. 

Kawasan tumpuan bagi KTW1M meliputi kawasan luar bandar terpilih yang mendapat kurang liputan internet.

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di kawasan kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti (WK) yang direncanakan Kerajaan ke arah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

KONSEP HUB & SPOKE WK

Sumber daripada : http://pi1mtamannira.digicbc.com/2016/wifi.html

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 March 2024 - 8:07am