MENU

Menu utama

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR ( PKK ) dan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) mengikut kelas pendaftaran sebagaimana disyaratkan di dalam tawaran yang masih sah tempohnya dan layak untuk menyertai kerja-kerja yang ditawarkan sebagairnana berikut:-

SEBAGAIMANA LAMPIRAN

  1. Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 14 Disember 2016 sehingga 21 Disember 2016 semasa waktu pejabat di Jabatan Bangunan Dan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran BatU Pahat, Jalan Pejabat, Batu Pahat.
  2. Dokumen sebutharga akan dijual mulai daripada 14 Disember 2016 sehingga 20 Disember 2016 dari 8.30 PAGI hingga 4.30 PETANG (semasa waktu pejabat) di Jabatan Bangunan Dan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Jalan Pejabat, Batu Pahat dengan mengemukakan bayaran berupa Tunai Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Draf bagi setiap set Dokumen Tawaran atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Batu Pahat sebagai bayaran Dokumen Sebutharga.
  3. Hanya SEORANG Penyebutharga / Wakil Penyebutharga sahaja dibenarkan menjalankan urusan pembelian dokumen sebutharga . Hanya PEMILIK ASAL sahaja dibenarkan menjalankan urusniaga pembelian dokumen sebutharga. Penyebutharga juga boleh MEWAKILKAN pembelian dokumen sebutharga ini kepada wakilnya yang sah (Definisi wakilnya yang sah ialah kakitangan syarikat yang membawa SURAT PERWAKILAN KUASA daripada Syarikat berkenaan) Untuk maksud ini Penyebutharga / Wakil Penyebutharga di kehendaki membawa perakuan PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), TARAF BUMIPUTERA DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB). Hanya Penyebutharga / wakil Penyebutharga yang mengikut syarat di atas sahaja di benarkan menjalankan urusan pembetian dokumen sebutharga.
  4. Semua Dokumen Tawaran yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Bangunan Dan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Batu Pahat sebelum jam 12.00 tengahari pada 21 Disember 2016.
  5. Majlis Perbandaran Batu Pahat tidak terikat samada menerima sebutharga terendah harganya atau sebarang tawaran.

Untuk maklumat lebih lanjut Klik sini.