MENU

Menu utama


Bas Muafakat Johor (BMJ)

BAS MUAFAKAT JOHOR (BMJ)

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) merupakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh PAJ ini, mula beroperasi pada 1 April 2016 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.

TUJUAN UTAMA

Mengurangkan kos sara hidup warganeraga dan memberikan kemudahan kepada rakyat.

KELEBIHAN BMJ

Perkhidmatan BMJ ini dilengkapi dengan sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan WIFI.

KAD MUAFAKAT JOHOR (KMJ)

Kad Muafakat Johor (KMJ) merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna BMJ bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Pengguna dan fungsi kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang seperti kutipan mata ganjaran dan lain-lain.

HARGA CAJ TAHUNAN KMJ

DEWASA

  • Umur lingkungan antara 18-59
RM10.00

PELAJAR / WARGA EMAS / ORANG KURANG UPAYA (OKU)

  • Pelajar (7-17 tahun)
  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
  • OKU
RM 5.00

KANAK-KANAK

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah
PERCUMA

LALUAN BAS MUAFAKAT JOHOR