MENU

Menu utama

Langkah-Langkah Pencegahan daripada terkena Virus Ransomware 
================================================================= 
1. Sila pastikan antivirus di dalam komputer/laptop di dalam pengemaskinian terkini. Sila hubungi Unit ICT jika tiada antivirus atau "update" tidak terkini. 
2. Sila memasang / install Perisian Perlindungan tambahan seperti Malwarebytes Anti Ransomware dan juga Malwarebytes Anti Exploit bagi sekurang-kurangnya mengurangkan implikasi virus ransom ini. 
3. Sila pastikan perisian-perisian di dalam komputer anda mendapat pengemaskinian terkini. 
4. Sila pastikan Browser anda dalam versi terkini. Elakkan daripada menggunakan Internet Explorer kecuali jika untuk penggunaan sistem. 
5. Jangan muat turun attachment jika e-mail itu daripada orang yang tidak dikenali. 
6. Attachment e-mail seperti File seperti .EXE, .ZIP, .RAR, .VBS, .JS, .WSH adalah tidak digalakkan untuk dimuat turun. 
7. Jangan melayari laman-laman web yang menawarkan lagu percuma, laman web yang tidak sepatutnya dilihat atau laman-laman web yang mengandungi banyak iklan. 

Pautan pemasangan Perisian Perlindungan tambahan 
====================================== 
http://www.bleepingcomputer.com/download/malwarebytes-anti-ransomware/ 
http://www.bleepingcomputer.com/download/malwarebytes-anti-exploit/

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am