MENU

Menu utama

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Batu Pahat berikrar semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas.

Ke arah itu kami akan:-

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama.
  • Bertugas dengan penuh komited, meningkatkan kualiti kawalan rahsia rasmi kerajaan dan perkhidmatan.
  • Mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

 

IKRAR INTEGRITI KORPORAT

Bahawa sesungguhnya kami, seluruh wargakerja MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT berikrar :

  • Akan komited mempromosi nilai-nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik serta melarang semua bentuk rasuah sama ada secara langsung atau tidak langsung dan memastikan pematuhan etika tatatertib bagi mewujudkan budaya kerja yang positif dan bebas daripada rasuah.
  • Tidak akan sama ada secara sendiri atau wakil atau melalui mana-mana ejen melakukan apa-apa salah laku rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kanun Keseksaan atau peruntukan undang-undang lain yang berkuatkuasa bagi memastikan organisasi, stakeholders, dan pelanggan kami terpelihara.
  • Tidak akan menjalankan apa-apa amalan tadbir urus atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja, wakil atau ajen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah.
  • Akan mendukung Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Di Malaysia dalam menjalankan tadbir urus dan interaksi dengan pelanggan, stakeholders dan agensi Kerajaan, dan
  • Akan membanteras sebarang bentuk salah laku rasuah dan bertindak tegas terhadap mana-mana warga kerja atau pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT dan Kerajaan Negeri Johor khususnya.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 March 2024 - 8:07am