MENU

Menu utama

kekal harga

BATU PAHAT: Kerajaan Johor memberi jaminan mengekalkan harga rumah mampu milik dengan harga maksimum RM150,000, walaupun dalam persekitaran ekonomi tidak menentu ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah itu sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Katanya, rumah mampu milik di Johor ditawarkan pada harga antara RM42,000 sehingga RM150,000 bagi membolehkan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana negeri ini memiliki kediaman sendiri.

"Kita beri jaminan tidak akan naikkan harga rumah mampu milik di Johor walaupun keadaan ekonomi dalam keadaan tidak menentu.

"Ini membuktikan kerajaan negeri amat mengambil berat soal perumahan mampu milik rakyat, dan ini termasuk usaha menawarkan rumah mampu milik melalui pembangunan Taman Perbadanan Islam oleh Kumpulan PIJ Holdings," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah Taman Perbadanan Islam Rengit, di Kampung Bagan Serong, dekat sini, hari ini.

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am