MENU

Main menu

NOTIS MAKLUMAN BAGI TUNTUTAN PEMULANGAN BAYARAN PERMIT PASAR RAMADHAN DAN BAZAR (EKSPO) RAMADHAN

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan Wabak Covid-19, pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)

memutuskan untuk membatalkan penganjuran pasar ramadhan / ekspo ramadhan.

Sehubungan itu, penjaja yang telah berdaftar dengan MPBP diberi tempoh bermula 28 April 2020 hingga 7 Mei 2020

untuk menghantar permohonan tuntutan bayaran permit pasar ramadhan dan ekspo ramadhan sebagaimana butiran berikut.

Borang Permohonan Tuntutan boleh dimuat turun di sini.

  • Muat Turun : ->> Borang Tuntutan Bayaran Permit Ekspo Ramadhan

( https://drive.google.com/file/d/1ju8EpTZNlsJbS5IbhfkoVuPJfMpiqVgc/view?usp=sharing )

  • 2. Muat Turun : ->> Borang Tuntutan Bayaran Permit Pasar Ramadhan

( https://drive.google.com/file/d/1HBBsGRsYyT6fkGGyYDZk4-sXgXtmcgMq/view?usp=sharing )

**Dimaklumkan juga, apa-apa bayaran yang telah dibuat terus kepada mana-mana persatuan penjaja sebagai penganjur bazar (pihak persendirian / swasta),

pihak penjaja perlu berurusan terus dengan persatuan berkaitan. Pihak MPBP tidak terlibat dengan sebarang penerimaan mahupun pemulangan bayaran tersebut.

Segala kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.