MENU

Main menu

Bertanggungjawab untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan berkualiti bagi merealisasikan pencapaian ke arah keunggulan, kegemilangan dan kecemerlangan Majlis Perbandaran Batu Pahat sesuai dengan slogan "MAJU DAN SEJAHTERA". Kami memberi jaminan dan berusaha :-

 

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

1.

Memastikan urusan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan perlanjutan tempoh percubaan akan diambil tindakan susulan 5 hari selepas Panel Lembaga Pelantikan bersidang

2.

Menguruskan penempatan wargakerja dalam tempoh 1 hari dari tarikh pegawai melaporkan diri

3.

Memastikan proses dokumen pra persaraan disediakan dalam tempoh 2 tahun sebelum tarikh persaraan

4.

Menguruskan dokumen ganjaran kontrak dan mengemukakan kepada Jabatan Kewangan bagi urusan pembayaran dalam tempoh sebulan dari tarikh dokumen yang telah lengkap diterima

5.

Memproses permohonan untuk keluar negara dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima

6.

Menguruskan persediaan awal program latihan dalaman ( in-house training ) yang berjadual sekurang-kurangnya 5 hari sebelum bermula

7.

Memproses permohonan kursus anjuran agensi luar dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima kelulusan Ketua Jabatan

8.

Menguruskan dan menganjurkan kursus dalaman sekurang-kurangnya 6 kali setahun

9.

Mengadakan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 1 kali setahun bagi skim perkhidmatan yang mempunyai kelayakan masuk SRP / PMR ke bawah

10.

Menyediakan keputusan mesyuarat / minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli mesyuarat dalam tempoh 5 hari waktu bekerja

11.

Mengemas kini senarai perjawatan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh perubahan perjawatan

12.

Memproses pengisian jawatan kosong dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan

13.

Menguruskan dan menyelesaikan kes-kes tatatertib biasa dalam tempoh 4 bulan